Friday 2 October 2009

KONVOI RAMADHAN RUMAH ANAK YATIM BKT PEGOH MELAKA

Malacca Bimmer's Club (MBC) mengadakan aktiviti tahunan kelab pergi kerumah anak yatim bkt pegoh bagi menghulurkan sumbangan ikhlas dari semua ahli kelab pada 15hb september 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430.

Pihak kelab berjaya mengutip derma untuk diberikan kepada rumah anak yatim berjumlah RM1,500.00 serta beras dan beberapa jenis hadiah saguhati untuk diberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan untuk menyambut aidilfitri yang hampir tiba.

Penyerahan semua sumbangan tersebut disaksikan turut serta YB Datuk Latif Thamby Chik ADUN Telok Mas Melaka.

Selepas itu majlis berbuka puasa pula dibuat di RS PARK HOTEL,Melaka Raya bagi jamuan berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga pada petang tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli MBC yang telah menyertai konvoi tersebut bagi menjayakan dan memeriahkan aturcara majlis.

SUMBANGAN DERMA DAN BERAS

SUMBANGAN DERMA DAN BERAS
PENYERAHAN OLEH MBC PRESIDENT